BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN


GAMBARAN KESELURUHAN

Ringkasan aktiviti latihan industri adalah rumusan atau sinopsis aktivti yang dilakukan di sepanjang tempoh latihan industri dari minggu pertama hingga minggu ke-20 di Metropolitan Engineers & Builders Sdn Bhd secara ringkas dan padat. Bagi memudahkan penulisan ringkasan ini, buku laporan harian dapat digunakan sebagai rujukan.
AKTIVITI-AKTIVITI SYARIKAT

Syarikat Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd. telah menjalani pelbagai jenis aktiviti mengikut profession syarikat yang telah ditetapkan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :

i) Kontrak ‘turnkey’ untuk alam sekitar, awam & struktur, air & sisa kerja-kerja Kejuruteraan Air.
ii) ‘Building & Structural Inspection, Monitoring, Assessment, Maintenance, Repair, Rehabilitation, Strengthening, And Improvement Works.’
iii) ‘Pipeline Survey, Cctv Inspection, Pressure Jetting, Cipp, Relining, Repair, Rehabilitation And Trenchless Technologies’.
iv) ‘Reservoir Underwater, Robotic Inspection & Cleaning Works’.
v) ‘Flow Measurement, Monitoring, Inflow & Infiltration Survey’.
vi) ‘CCTV Inspection For Driven Spun Pile Internal Conditions’.
PERKHIDMATAN SYARIKAT

Syarikat MEB beroperasi dengan berasaskan spektrum luas yang berkaitan dengan perkhidmatan kejuruteraan dan pakar pembinaan.  Sehubungan dengan itu, syarikat ini mengkategorikan skop perkhidmatan kepada lima sektor perindustrian iaitu :

Minyak dan gas
Alam sekitar
Geo-teknikal
Saluran paip dan terowong(Tunnel)
Perkhidmatan teknikal kejuruteraan awam
CARTA ORGANISASI

Carta organisasi syarikat MEB terbahagi kepada dua iaitu Carta Organisasi Pentadbiran dan Carta Organisasi Juruteknik. Carta Organisasi Pentadbiran telah diketuai oleh Ir. Koh Hwa Nam, manakala bagi Carta Organisasi Juruteknik pula diketuai oleh Encik Rahin b Ismail. Tujuan carta organisasi ini dibahagikan kepada dua adalah untuk membezakan antara jenis-jenis kerja yang dilakukan.

Carta Organisasi Pentadbiran terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu :

            Jabatan Pentadbiran
            Jabatan Operasi
            Jabatan Kejuruteraan/Rekabentuk

Manakala, Carta Organisasi Juruteknik juga mempunyai tiga bahagian tugas di bawahnya, iaitu :

            ‘Sump Cleaning/Raised Up’
            ‘Water Jetting’
            ‘Closed-Circuit Television (CCTV)’

Gambar rajah di atas menunjukkan Carta Organisasi Pentadbiran.

Gambar rajah di atas menunjukkan Carta Organisasi Juruteknik.




MAKLUMAT AM SYARIKAT

Nama Syarikat: Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd.

No. Syarikat: 527401-K

Tahun Ditubuhkan: Tahun 2000

Bank:   a)Hong Leong Bank Bhd(Cawangan Jln Kuchai Lama)
b)Public Bank Bhd(Cawangan Jln Kuchai Lama)

Lesen: a) CIDB – G5
b) JPP - Kelas B dan Kelas C
c) SPAN - Permit IPA Jenis D & E
LATAR BELAKANG SYARIKAT

MEB merupakan nama singkatan bagi Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd.. Syarikat ini telah menjalankan aktiviti yang berasaskan teknologi kejuruteraan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Syarikat MEB mempunyai dua cawangan iaitu Ibu Pejabat dan Pentadbiran(Headquarter & Administration Office) dan Operasi Selatan dan Pusat Penyelenggaraan(Southern Operation & Maintenance Center).

Ibu Pejabat dan Pentadbiran bertempat di Sri Desa Entrepreneur’s Park, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Pejabat ini beroperasi dengan menjalankan aktiviti-akitivi pengurusan dan pentadbiran. Bukan itu sahaja, ia juga menjalankan aktiviti di luar pejabat seperti lawatan tapak dan sebagainya.

Manakala Operasi Selatan dan Pusat Penyelenggaraan pula bertempat di Rengit, Batu Pahat, Johor. Cawangan di Batu Pahat, Johor pula berfungsi sebagai pejabat kedua dan tempat untuk penyimpanan jentera-jentera yang besar yang diperolehi syarikat MEB.
MOTTO SYARIKAT


‘MEB BOLEH TETAP BOLEH!’
MISI DAN VISI SYARIKAT

“We develop and provide malaysian engineering technologies. We believe in upholding excellent qualities of services to our clients and the engineering industries. Our dedicated and well trained teams of personnel are commited to guarantee profesional quality assurance and controls for successful accomplishment of the projects entrusted to us.
LOGO SYARIKAT



DEFINISI LOGO

MEB
Merupakan singkatan bagi nama syarikat iaitu Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd.

Warna Keemasan
            Bermaksud keunggulan dan kualiti kerja yang baik menjadi sasaran utama.

Warna Biru
            Bermaksud perpaduan dan kerjasama yang diberikan dalam melakukan setiap kerja.

Tiga Jalur
Bermaksud pekerja yang berlainan bangsa, agama dan Negara yang bekerja dalam satu masa yang sama.
BAB 2 : LATAR BELAKANG SYARIKAT



PELAN LOKASI



KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Program latihan industri ini merupakan salah satu aktiviti kurikulum politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus latihan industri selama 20 minggu sebelum dianugerahkan diploma. Para pelajar juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.

Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.
OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Antara objektif latihan industri ialah pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri dengan lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa menjalankan latihan industri dengan sistematik dan berkesan melalui laporan yang dibuat. Seterusnya, melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar.

Selain itu, laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepeunhnya oleh pensyarah. Akhir sekali, untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak syarikat tersebut dan politeknik.
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar yang bakal menempuhi pelbagai cabaran dan onak duri di alam pekerjaan kelak. Para pelajar haruslah akur dalam peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pihak syarikat dalam mendidik diri pelajar untuk menjadi seorang manusia yang berdisiplin dan berkualiti pada masa akan datang. Antara objektifnya ialah:

i) Membina personaliti individu yang baik.
ii) Untuk mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
iii) Untuk menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja.
iv) Untuk meningkatkan amalan berhemah dan bertanggungjawab.
v) Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke alam perkerjaan kelak.
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah berpeluang untuk meneruskan semester yang seterusnya iaitu latihan industri. Saya berasa gembira kerana latihan industri bermula dengan baik dan lancar sepertimana yang telah diharapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ir. Koh Hwa Nam kerana telah sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di syarikat beliau, Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd. (MEB).

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Azri bin Jaharudin, penyelia latihan industri di syarikat tersebut kerana sudi menjadi penyelia kami dan menguruskan hal ehwal latihan industri. Selain itu, beliau juga sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu pengetahuannya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerja yang ingin bekerjasama dengan saya sepanjang latihan industri ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Baizura bt Hasni, Penyelaras Latihan Industri Politeknik Mersing, Johor dan Puan Zati Hafiza bt Abdul Halim, Penasihat Akademik kerana telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal latihan industri dan bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Latihan Industri ini. Semoga sumbangan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
BAB 1 : PENGENALAN


PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan perkara wajib yang mesti dilalui oleh setiap pelajar politeknik untuk memiliki segulung diploma. Setiap pelajar perlu lulus untuk menjalani latihan industri. Jika pelajar gagal dalam latihan industri, pelajar tersebut harus mengulangi semula latihan industri untuk meneruskan semester yang seterusnya.

Melalui latihan industri ini setiap pelajar akan didedahkan dengan sistem pengurusan syarikat itu, baik dari segi pergaulan, berkomunikasi dengan kakitangan, pelanggan dan sebagainya. Cara ini dapat membantu matlamat politeknik untuk melahirkan graduan yang berkaliber, berkualiti dan berpotensi untuk kegunaan sebagai sumber tenaga manusia bagi membangunkan Negara Malaysia ini.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.
DEDIKASI

Laporan akhir latihan industri sesi JUN 2013 ini ditujukan khas untuk kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari segi tenaga, masa dan sebagainya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang menjalani latihan industri sesi JUN 2013 yang telah banyak membantu dan berkongsi ilmu sepanjang latihan industri ini dijalankan. Terutamanya, kepada pensyarah-pensyarah yang telah banyak memberi kerjasama dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan yang terlibat dengan latihan industri sesi JUN 2013 ini.