LATAR BELAKANG SYARIKAT

MEB merupakan nama singkatan bagi Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd.. Syarikat ini telah menjalankan aktiviti yang berasaskan teknologi kejuruteraan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2000. Syarikat MEB mempunyai dua cawangan iaitu Ibu Pejabat dan Pentadbiran(Headquarter & Administration Office) dan Operasi Selatan dan Pusat Penyelenggaraan(Southern Operation & Maintenance Center).

Ibu Pejabat dan Pentadbiran bertempat di Sri Desa Entrepreneur’s Park, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Pejabat ini beroperasi dengan menjalankan aktiviti-akitivi pengurusan dan pentadbiran. Bukan itu sahaja, ia juga menjalankan aktiviti di luar pejabat seperti lawatan tapak dan sebagainya.

Manakala Operasi Selatan dan Pusat Penyelenggaraan pula bertempat di Rengit, Batu Pahat, Johor. Cawangan di Batu Pahat, Johor pula berfungsi sebagai pejabat kedua dan tempat untuk penyimpanan jentera-jentera yang besar yang diperolehi syarikat MEB.

No comments:

Post a Comment