OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Antara objektif latihan industri ialah pelajar dapat
memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang menjalani latihan industri dengan
lebih efisien dengan mendokumentasikan aktiviti-aktiviti dan gerak kerja semasa
menjalankan latihan industri dengan sistematik dan berkesan melalui laporan
yang dibuat. Seterusnya, melalui penulisan laporan pelajar boleh menggunakan
teknik kerja yang dipelajari sebagai rujukan untuk melangkah ke alam pekerjaan
yang sebenar.
Selain itu, laporan ini juga sebagai bahan penilaian untuk
latihan yang telah dijalani oleh pelajar dan pemarkahan laporan ini akan
diberikan setelah laporan disemak sepeunhnya oleh pensyarah. Akhir sekali,
untuk memupuk semangat di dalam diri pelajar dan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi kehendak syarikat
tersebut dan politeknik.
No comments:
Post a Comment