KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Program latihan industri ini merupakan salah satu aktiviti
kurikulum politeknik di mana setiap pelajar diwajibkan menjalani dan lulus
latihan industri selama 20 minggu sebelum dianugerahkan diploma. Para pelajar
juga akan dapat mempelajari serta mempraktikkan pengetahuan baru dari sebuah
syarikat berpandukan pembelajaran yang diperolehi semasa menjalankan kuliah di
politeknik. Pengalaman ini serba sedikit dapat membantu mempertingkatkan lagi
pengetahuan dan keyakinan diri pelajar ke alam pekerjaan kelak.
Selain itu, para pelajar juga dapat mengaitkan teori kepada
praktis dan praktis kepada teori. Dengan demikian, pelajar dapat membina
keyakinan diri di alam pekerjaan yang sebenar. Pentingnya Latihan Industri bukan
sahaja kepada pelajar tetapi kepada setiap pekerjaan kerana sesebuah syarikat
memerlukan pekerja yang mahir untuk meningkatkan mutu pencapaian syarikat.
No comments:
Post a Comment