PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana di atas limpah kurniaNya dan keizinanNya, saya telah berpeluang untuk meneruskan semester yang seterusnya iaitu latihan industri. Saya berasa gembira kerana latihan industri bermula dengan baik dan lancar sepertimana yang telah diharapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ir. Koh Hwa Nam kerana telah sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di syarikat beliau, Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd. (MEB).

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Encik Azri bin Jaharudin, penyelia latihan industri di syarikat tersebut kerana sudi menjadi penyelia kami dan menguruskan hal ehwal latihan industri. Selain itu, beliau juga sudi berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan ilmu pengetahuannya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerja yang ingin bekerjasama dengan saya sepanjang latihan industri ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Baizura bt Hasni, Penyelaras Latihan Industri Politeknik Mersing, Johor dan Puan Zati Hafiza bt Abdul Halim, Penasihat Akademik kerana telah banyak membantu dalam menguruskan hal ehwal latihan industri dan bertungkus-lumus dalam menjayakan Program Latihan Industri ini. Semoga sumbangan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung akan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment