OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi
bimbingan dan pengalaman baru kepada pelajar yang bakal menempuhi pelbagai
cabaran dan onak duri di alam pekerjaan kelak. Para pelajar haruslah akur dalam
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik atau pihak
syarikat dalam mendidik diri pelajar untuk menjadi seorang manusia yang
berdisiplin dan berkualiti pada masa akan datang. Antara objektifnya ialah:
i) Membina personaliti individu yang
baik.
ii) Untuk mendedahkan pelajar ke alam
pekerjaan sebenar.
iii) Untuk menanam semangat kerja
berpasukan dan perhubungan baik semasa bekerja.
iv) Untuk meningkatkan amalan berhemah
dan bertanggungjawab.
v) Untuk mengukuhkan keyakinan diri ke
alam perkerjaan kelak.
No comments:
Post a Comment