BAB 1 : PENGENALAN


PENDAHULUAN

Latihan industri merupakan perkara wajib yang mesti dilalui oleh setiap pelajar politeknik untuk memiliki segulung diploma. Setiap pelajar perlu lulus untuk menjalani latihan industri. Jika pelajar gagal dalam latihan industri, pelajar tersebut harus mengulangi semula latihan industri untuk meneruskan semester yang seterusnya.

Melalui latihan industri ini setiap pelajar akan didedahkan dengan sistem pengurusan syarikat itu, baik dari segi pergaulan, berkomunikasi dengan kakitangan, pelanggan dan sebagainya. Cara ini dapat membantu matlamat politeknik untuk melahirkan graduan yang berkaliber, berkualiti dan berpotensi untuk kegunaan sebagai sumber tenaga manusia bagi membangunkan Negara Malaysia ini.

Kesimpulannya, latihan industri ini amatlah penting kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi diri dan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Disamping itu, melalui latihan industri ini juga para pelajar dapat menimba pengalaman baru dan dapat merasai sendiri suasana alam pekerjaan yang sebenar.

No comments:

Post a Comment