BAB 6 : KESIMPULAN


Sepanjang latihan industri dijalankan di Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd. Terdapat pelbagai perkara yang telah saya lalui. Segala cabaran dan tugasan yang telah dilaksanakan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang pekerja. Apabila sudah didedahkan dengan situasi sebenar dunia pekerjaaan dalam bidang pengurusan ini ia membolehkan seseorang pelajar atau individu dapat memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang ini.

Semasa program latihan industri dijalankan saya juga dapat mendisiplinkan diri dalam menepati waktu kerja yang telah ditetapkan iaitu dari jam lapan setengah pagi hingga jam lima setengah petang. Saya juga dapat merasai suasana kerja yang sebenar dan ini akan dijadikan pengalaman yang berguna apabila pelajar memasuki alam pekerjaan nnti. Selain itu, saya juga dilatih untuk bekerjasama dalam melakukan tugasan bersama-sama staff-staff syarikat tersebut seperti mendapatkan pandangan mereka, bertanyakan sesuatu yang tidak difahami serta melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.

Umumnya, dunia pekerjaan merupakan sesuatu yang menyeronokan walaupun ianya mencabar. Pelbagai tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas oleh seseorang apabila telah diamanahkan. Walaubagaimanapun, ia sesuatu yang baru apabila diberi peluang yang amat berharga dan berguna untuk seorang pelajar dalam bersiap sedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini sangat penting bagi mahasiswa dalam menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi dunia pekerjaan yang penuh onak duri. Bukan itu sahaja, melalui pengalaman menjalani latihan industri ini membolehkan seorang pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang ramai. Ia juga dapat mendidik seorang pelajar yang lebih matang dalam melaksanakan sesuatu kerja.
 BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN


Sepanjang latihan industri ini dijalankan di Metropolitan Engineers & Builders SDN BHD(MEB) terdapat pelbagai masalah yang telah dihadapi tetapi setiap masalah mempunyai penyelesaiannya tersendiri. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi dapat di atasi dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh penyelia dan staff-staff di syarikat ini. Kesilapan sering berlaku apabila kita berada dalam suasana yang baru. Sehubungan dengan itu, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik dan penuh dengan pengajaran sebagai seorang pelajar praktikal di MEB.

Setelah berakhirnya perkhidmatan sebagai pelajar praktikal di MEB terdapat beberapa dapatan dan cadangan yang ingin saya berikan supaya syarikat ini dapat melebarkan lagi sayapnya ke seluruh Malaysia dengan lebih kukuh. Setiap perkara yang dilakukan oleh manusia pasti ada kelemahannya dan memerlukan teguran dan cadangan yang perlu diterima untuk memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa untuk mencapai tahap kesenangan dan kemudahan orang disekeliling.

Terdapat beberapa dapatan yang ingin dikemukakan, iaitu yang pertama tentang ruangan tertentu yang sempit. Contohnya, ruangan stor di syarikat tersebut terlalu kecil untuk menampung barangan yang perlu disimpan. Jika ruangan stor yang kecil, ia tidak akan dapat menyimpan barangan yang tidak digunakan dan akan berlaku kecurian atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan cadangan atau idea yang mungkin boleh membantu pihak syarikat pada masa yang akan datang. Berdasarkan dapatan yang telah dikatakan, premis syarikat ini perlu diperluaskan lagi supaya tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini. Kawasan yang perlu diperluaskan ialah ruangan stor kerana ia akan membantu pihak syarikat untuk membuat aktiviti penyimpanan dengan selamat.

Selain itu, dapatan yang seterusnya pula ialah kekurangan rak fail dan buku laporan. Hal ini berlaku apabila buku laporan dan  fail yang banyak dan tidak tersusun ia akan mejejaskan proses pencarian fail atau buku laporan tersebut. Oleh itu, pihak syarikat perlu menambahkan rak ataupun sebuah bilik yang dikhaskan hanya untuk dokumen-dokumen dan juga buku laporan yang telah disiapkan. Dengan itu pihak syarikat tidak akan mengalami sebarang masalah dalam mencari dan menyusun fail dan juga laporan yang telah dilengkapkan.

Seterusnya, syarikat ini kurang mengamalkan amalan 5S. 5S ialah bermaksud sisih(seiri), susun(seiton), sapu(seiso), seragam(seiketsu), dan sentiasa amal(shitsuke). Jika sesebuah syarikat atau firma tidak mengamalkan amalan ini, ia akan wujud pelbagai masalah seperti susunan sesuatu barangan tidak teratur, menyimpan barangan yang tidak diperlukan dan sebagainya. Selain itu, dengan tidak mengamalkan amalan 5S ini juga sesebuah syarikat atau firma tidak akan mencapai sesuatu yang ingin dicapai seperti melahirkan pekerja yang berdisiplin. Justeru itu, pihak syarikat perlu membuat dan sentiasa mengamalkan sistem 5S kerana ia akan memudahkan proses perkerjaan yang akan dilakukan di dalam sesebuah pejabat.

Oleh itu, saya berharap agar pihak syarikat dapat menerima dan mengambil tindakan yang sewajarnnya atas masalah dan cadangan yang telah dikemukan. Ini merupakan salah satu cara untuk memajukan lagi syarikat MEB dan akan mempunyai sistem pengurusan yang lebih baik dan bersistematik. Selain itu, syarikat ini juga akan dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatannya.


Surat Sebut Harga(Quotation)

Satu kenyataan rasmi oleh pembekal yang berpotensi untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pembeli, pada tempoh yang ditetapkan. Kandungan surat sebut harga juga mengandungi syarat-syarat jualan dan pembayaran dan jaminan. Format sesebuah surat sebut harga berdasarkan atas sesebuah firma tersebut. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan surat sebut harga.

Pada permulaan untuk membuat surat sebut harga apabila kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mendapat dan memberi perkhidmatan yang diperlukan akan mengisi maklumat melalui borang ‘Work Order’. Borang tersebut akan diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membuat surat sebut harga.



Setelah mendapat maklumat daripada ‘Work Order’, pihak bertanggungjawab perlu menyemak harga,  barang dan perkhidmatan yang akan diberikan.



Kemudian, senaraikan barang dan perkhidmatan yang berkenaan dan perlu mengikut format yang telah ditetapkan oleh sesebuah firma.



Seterusnya, surat tersebut mempunyai nombor rujukan mengikut turutan berdasarkan surat yang telah dikeluarkan. No rujukan tersebut juga perlu direkodkan di dalam buku yang telah ditetapkan oleh firma.



Setelah senarai sebut harga telah siap, surat sebut harga juga perlu dibuat dan ia merupakan surat rasmi untuk yang perlu diberikan kepada klien bersama dengan senarai sebut harga.



Apabila surat dan senarai sebut harga telah disiapkan, ia perlu dicetak untuk dihantar kepada klien.



Setelah surat sebut harga siap dicetak surat tersebut perlu dicop.



Selepas surat tersebut telah dicop dan juga ditandatangani oleh pekerja yang bertanggungjawab, ia perlu difakskan kepada klien. Proses penghantaran bukan sahaja melalui faks malah melalui emel.



Apabila surat tersebut telah dihantar kepada klien, akhir sekali ia perlu disimpan di dalam fail yang telah dikhaskan untuk surat sebut harga.







BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

Laporan teknikal merupakan sesuatu tugasan yang dilakukan secara teknikal. Ia perlu dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan untuk mendapatkan hasil yang tepat.

Plotter
Mesin plotter merupakan mesin untuk mencetak sesuatu yang perlu dicetak dalam saiz A1 atau saiz yang lebih besar. Contohnya ialah lukisan pelan, lukisan peta, carta organisasi dan sebagainya. Terdapat beberapa langkah untuk menggunakan mesin ini dengan betul.



Salah satu contoh untuk menunjukkan langkah menggunakan mesin plotter ini ialah mencetak carta organisasi. Pada permulaanya perlu membuat mereka carta organisasi tersebut.



Setelah selesai membuat carta organisasi tersebut, ia harus disimpan sebagai fail PDF.



Kemudian, sebelum mencetak carta tersebut, ia perlu memilih salah satu ‘devices’ yang perlu digunakan untuk mencetak carta organisasi tersebut.



Seterusnya, carta tersebut perlu disetkan dengan saiz yang dikehendaki.



Setelah carta tersebut diset dengan saiz yang dikehendaki, ia perlu dilihat melalui ‘print preview’ untuk mendapatkan satu carta yang stabil dan kemas.



Akhir sekali, setelah selesai bahagian mengedit, ia siap untuk dicetak.



Inilah hasilnya setelah carta organisasi dicetak menggunakan mesin plotter.










MINGGU KEDUA PULUH (28 OKTOBER 2013-1 NOVEMBER 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu terakhir bertugas sebagai pelajar praktikal di syarikat MEB. Pada minggu ini tugasan yang diberikan ialah menyusun kertas kitar semula ke dalam kotak. Selain itu, memasukkan pelan lukisan lurang(manhole) ke dalam plastik bersaiz A4 untuk disisipkan ke dalam laporan ‘sump cleaning’. Tugasan seterusnya ialah membuat surat sebut harga untuk terakhir kalinya berkhidmat di syarikat ini serta menyusun data-data mengikut jenis kerja dan tempat yang dilakukan. Akhir sekali, mengimbas(scan) laporan CCTV yang telah disiapkan.

Gambar rajah di atas menunjukkan menyusun kertas A4 terpakai. 

Manakala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ialah mengetahui cara untuk melipat pelan bersaiz A1 menjadi saiz A4 dengan betul untuk lampiran laporan CCTV.

Gambar rajah di atas menunjukkan data-data dikemaskini.

Gambar rajah di atas menunjukkan pelan lukisan yang dilipat dengan saiz A4 dimasukkan ke dalam plastik bersaiz A4.

Impak dan kesannya pula ialah dengan suasana tempat kerja yang kemas dan teratur, semua pekerjaan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar.

Sekian terima kasih.
MINGGU KESEMBILAN BELAS (21 OKTOBER 2013-26 OKTOBER 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Tanpa disedari kini telah masuk ke minggu kesembilan belas berkhidmat di syarikat MEB sebagai pelajar praktikal. Tugasan yang dilakukan pada minggu ini ialah membuat surat sebut harga serta menghantar surat tersebut melalui mesin faks serta mengimbas(scan) laporan CCTV yang telah disiapkan. Selain itu, tugasan mencetak notis bersaiz A1 dengan menggunakan plotter yang telah diarahkan oleh pekerja yang bekerja diluar (site) untuk kegunaan di tapak kerja.

Gambar rajah di atas menunjukkan laporan 'sump cleaining' diimbas(scan).

Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ialah dapat mengetahui cara penggunaan mesin plotter.


Impak dan kesannya pula ialah dapat menambah kemahiran yang baru dalam menggunakan pelbagai jenis mesin.

Sekian terima kasih.