BAB 6 : KESIMPULAN


Sepanjang latihan industri dijalankan di Metropolitan Engineers & Builders Sdn. Bhd. Terdapat pelbagai perkara yang telah saya lalui. Segala cabaran dan tugasan yang telah dilaksanakan bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang pekerja. Apabila sudah didedahkan dengan situasi sebenar dunia pekerjaaan dalam bidang pengurusan ini ia membolehkan seseorang pelajar atau individu dapat memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang bidang ini.

Semasa program latihan industri dijalankan saya juga dapat mendisiplinkan diri dalam menepati waktu kerja yang telah ditetapkan iaitu dari jam lapan setengah pagi hingga jam lima setengah petang. Saya juga dapat merasai suasana kerja yang sebenar dan ini akan dijadikan pengalaman yang berguna apabila pelajar memasuki alam pekerjaan nnti. Selain itu, saya juga dilatih untuk bekerjasama dalam melakukan tugasan bersama-sama staff-staff syarikat tersebut seperti mendapatkan pandangan mereka, bertanyakan sesuatu yang tidak difahami serta melakukan kerja-kerja secara berkumpulan.

Umumnya, dunia pekerjaan merupakan sesuatu yang menyeronokan walaupun ianya mencabar. Pelbagai tanggungjawab dan tugas yang perlu digalas oleh seseorang apabila telah diamanahkan. Walaubagaimanapun, ia sesuatu yang baru apabila diberi peluang yang amat berharga dan berguna untuk seorang pelajar dalam bersiap sedia untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar.

Secara keseluruhannya, latihan industri ini sangat penting bagi mahasiswa dalam menyediakan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi dunia pekerjaan yang penuh onak duri. Bukan itu sahaja, melalui pengalaman menjalani latihan industri ini membolehkan seorang pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran dan orang ramai. Ia juga dapat mendidik seorang pelajar yang lebih matang dalam melaksanakan sesuatu kerja.

No comments:

Post a Comment