MINGGU KELIMA (15 Julai 2013 – 20 Julai 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Setelah pelbagai cabaran yang telah dilalui, kini sudah masuk minggu kelima berkongsi tenaga kerja di syarikat MEB. Tugasan yang telah dilakukan pada minggu ini ialah membinding laporan CCTV untuk dihantar kepada klien. Selain itu, membuat surat sebut harga mengikut maklumat yang telah diberikan oleh pekerja yang bekerja di tapak projek. Malah, laporan CCTV yang telah siap juga telah dikemaskini serta merekod kedatangan pekerja yang bekerja di luar.

Gambar rajah di atas menunjukkan surat sebut harga yang telah disiapkan.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada minggu ini ialah mengetahui cara menggunakan mesin binding dengan betul dan mengetahui sedikit sebanyak cara hendak membuat laporan yang betul.

Gambar rajah di atas menunjukkan laporan CCTV yang telah siap dikemaskini dan dibinding.

Impak dan kesan yang didapati pada minggu ini adalah dapat meningkatkan ketekunan dalam melakukan sesuatu tugasan.
Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment