BAB 5 : DAPATAN DAN CADANGAN
Sepanjang
latihan industri ini dijalankan di Metropolitan Engineers & Builders SDN
BHD(MEB) terdapat pelbagai masalah yang telah dihadapi tetapi setiap masalah
mempunyai penyelesaiannya tersendiri. Oleh itu, setiap masalah yang dihadapi
dapat di atasi dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh penyelia dan staff-staff di
syarikat ini. Kesilapan sering berlaku apabila kita berada dalam suasana yang
baru. Sehubungan dengan itu, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik dan
penuh dengan pengajaran sebagai seorang pelajar praktikal di MEB.
Setelah
berakhirnya perkhidmatan sebagai pelajar praktikal di MEB terdapat beberapa dapatan
dan cadangan yang ingin saya berikan supaya syarikat ini dapat melebarkan lagi
sayapnya ke seluruh Malaysia dengan lebih kukuh. Setiap perkara yang dilakukan
oleh manusia pasti ada kelemahannya dan memerlukan teguran dan cadangan yang
perlu diterima untuk memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa untuk mencapai
tahap kesenangan dan kemudahan orang disekeliling.
Terdapat
beberapa dapatan yang ingin dikemukakan, iaitu yang pertama tentang ruangan
tertentu yang sempit. Contohnya, ruangan stor di syarikat tersebut terlalu
kecil untuk menampung barangan yang perlu disimpan. Jika ruangan stor yang
kecil, ia tidak akan dapat menyimpan barangan yang tidak digunakan dan akan berlaku
kecurian atau sebaliknya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan
cadangan atau idea yang mungkin boleh membantu pihak syarikat pada masa yang
akan datang. Berdasarkan dapatan yang telah dikatakan, premis syarikat ini
perlu diperluaskan lagi supaya tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini. Kawasan
yang perlu diperluaskan ialah ruangan stor kerana ia akan membantu pihak syarikat
untuk membuat aktiviti penyimpanan dengan selamat.
Selain
itu, dapatan yang seterusnya pula ialah kekurangan rak fail dan buku laporan.
Hal ini berlaku apabila buku laporan dan
fail yang banyak dan tidak tersusun ia akan mejejaskan proses pencarian fail atau buku laporan
tersebut. Oleh itu, pihak syarikat perlu menambahkan rak ataupun sebuah bilik
yang dikhaskan hanya untuk dokumen-dokumen dan juga buku laporan yang telah
disiapkan. Dengan itu pihak syarikat tidak akan mengalami sebarang masalah
dalam mencari dan menyusun fail dan juga laporan yang telah dilengkapkan.
Seterusnya, syarikat ini kurang mengamalkan amalan 5S. 5S ialah bermaksud sisih(seiri),
susun(seiton), sapu(seiso), seragam(seiketsu), dan sentiasa amal(shitsuke). Jika
sesebuah syarikat atau firma tidak mengamalkan amalan ini, ia akan wujud
pelbagai masalah seperti susunan sesuatu barangan tidak teratur, menyimpan
barangan yang tidak diperlukan dan sebagainya. Selain itu, dengan tidak mengamalkan
amalan 5S ini juga sesebuah syarikat atau firma tidak akan mencapai sesuatu
yang ingin dicapai seperti melahirkan pekerja yang berdisiplin. Justeru itu,
pihak syarikat perlu membuat dan sentiasa mengamalkan sistem 5S kerana ia akan
memudahkan proses perkerjaan yang akan dilakukan di dalam sesebuah pejabat.
Oleh itu, saya berharap agar pihak syarikat dapat menerima dan mengambil tindakan
yang sewajarnnya atas masalah dan cadangan yang telah dikemukan. Ini merupakan
salah satu cara untuk memajukan lagi syarikat MEB dan akan mempunyai sistem pengurusan
yang lebih baik dan bersistematik. Selain itu, syarikat ini juga akan dapat mempertingkatkan
mutu dan kualiti perkhidmatannya.
No comments:
Post a Comment