MINGGU KESEMBILAN (12 Ogos 2013 – 17 Ogos 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Pada minggu ini iaitu minggu kesembilan, syarikat MEB masih bercuti pada 12 Ogos 2013 hingga 13 Ogos 2013 sempena Hari Raya Puasa. Setelah lama bercuti terdapat beberapa tugasan yang tertunda dan harus diselesaikan pada minggu ini. Antara tugasannya ialah mencetak profil syarikat untuk memberikan pendedahan tentang latar belakang syarikat kepada klien. Selain itu, membuat surat sebut harga dan menghantar melalui faks serta mengemaskini borang surat sebut harga yang telah dikeluarkan kepada klien.

Gambar rajah di atas menunjukkan MEB masih bercuti pada 12 Ogos 2013 sehingga 13 Ogos 2013.


Gambar rajah di atas menunjukkan profil syarikat yang telah dicetak.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada minggu ini ialah mengetahui cara menggunakan mesin binding dan juga mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang syarikat dan perkhidmatan yang terbaru.

Gambar rajah di atas menunjukkan borang surat sebut harga yang telah dikemaskini.

Impak dan kesannya pula ialah dapat menyiapkan sesuatu laporan dengan kemas dan cepat dengan menggunakan mesin binding.
Sekian terima kasih.




No comments:

Post a Comment