MINGGU KELAPAN BELAS (14 OKTOBER 2013-19 OKTOBER 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Minggu ini merupakan minggu kelapan belas latihan industri dijalankan di syarikat MEB. Pada minggu ini tugasan yang diberikan ialah untuk membuat surat sebut harga serta menghantar surat tersebut melalui mesin faks. Selain itu, membuat pengubahsuaian carta organisasi bahagian juruteknik untuk diletakkan di pejabat sebagai rujukan.

Gambar rajah di atas menunjukkan membuat carta organinsasi.

Pengetahuan dan kemahiran yang didapati pada minggu ini ialah dapat mengetahui bilangan juruteknik yang baru mendaftar di syarikat ini. Selain itu, dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sebut harga.

Impak dan kesannya pula ialah boleh membuat pelbagai jenis surat sebut harga yang telah ditetapkan. Selain itu, dengan mengenali pekerja-pekerja di syarikat, salah faham dan sebarang kemusykilan tidak akan berlaku.

Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment