MINGGU KESEPULUH (19 Ogos 2013 – 24 Ogos 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Kini sudah masuk minggu yang kesepuluh di syarikat MEB. Beberapa tugasan telah diberikan untuk disiapkan pada minggu ini iaitu mereka dan menempah pelekat logo dan membuat 'name card' pekerja. Selain itu, diarahkan untuk membuat surat sebut harga serta membuat buku log kenderaan dan buku log kehadiran pekerja luar. Pada minggu ini juga ditugaskan untuk membuat laporan CCTV menggunakan 'Software Wincan'.

Gambar rajah di atas menunjukkan 'name card' yang telah siap.

Gambar rajah di atas menunjukkan logo dan label yang akan ditempah untuk dijadikan pelekat.

Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ialah mengetahui cara membuat 'name card' dan juga dapat mengetahui jenis-jenis pelekat yang diperolehi serta yang sesuai dengan kegunaannya. Selain itu, dapat mengetahui cara menggunakan 'Software Wincan'.

Gambar rajah di atas menunjukkan buku log kehadiran dan buku log kenderaan yang telah dicetak.

Gambar rajah di atas menunjukkan membuat laporan CCTV menggunakan 'software Wincan'.

Impak dan juga kesannya pula dapat menambahkan kemahiran membuat sesuatu yang baru dan juga dapat meningkatkan cara berkomunikasi dengan pembekal. Malah, dengan menggunakan 'Software Wincan' kita dapat menghasilkan laporan CCTV dengan betul dan kemas.

Sekian terima kasih.


No comments:

Post a Comment