MINGGU KETIGA (1
Julai 2013 – 6 Julai 2013)
Assalamualaikum &
Salam sejahtera.
Minggu ini sudah
minggu ketiga saya berkhidmat sebagai pelajar praktikal di syarikat
MEB. Pada minggu ini pengarah MEB memberikan amanah kepada saya untuk
membuat sebuah video untuk majlis 'Appreciation Dinner' dengan
menggunakan 'movie maker'. Selain itu, ditugaskan untuk menjadi
pengacara majlis pada hari tersebut. Tugasan yang terakhir pula
membuat surat sebut harga dan menghantar kepada klien melalui faks
serta diarahkan untuk mengemaskini fail-fail dan report di rak.
Gambar rajah di atas menunjukkan membuat sebuah video untuk majlis 'Appreciation Dinner'. |
Pada minggu ini
terdapat beberapa pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi iaitu
mempelajari cara menggunakan 'movie maker' dengan baik. Selain itu,
dapat meningkatkan keyakinan diri ketika bercakap dihadapan orang
ramai serta mengetahui sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh syarikat MEB melalui proses membuat 'movie maker'.
Gambar rajah di atas menunjukkan bertugas sebagai pengacara majlis. |
Gambar rajah di atas menunjukkan surat sebut harga yang telah dibuat. |
Impak dan kesan yang
diperolehi pada minggu ini ialah dapat menjadi lebih akrab dan lebih
berkomunikasi dengan pekerja-pekerja MEB. Selain itu, lebih teliti
dalam melakukan sesuatu tugasan serta dapat meningkatkan kemahiran
dalam percakapan di hadapan orang ramai.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment