MINGGU KEDUA (24 Jun 2013 – 29 Jun 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Kini sudah masuk ke minggu seterusnya iaitu minggu kedua. Pada minggu ini beberapa tugas yang diberikan perlu disiapkan oleh saya. Tugasan yang pertama pada minggu ini ialah membuat panggilan untuk mengetahui maklumat berkaitan dengan borang pendaftaran kursus ruang terkurung(confine space) dan 'Authorised Gas Tester' (AGT). Selain itu, ditugaskan untuk membuat surat sebut harga kepada klien dan menghantar surat tersebut melalui faks. Sehubungan dengan itu juga staff di pejabat didedahkan dengan demostrasi cara dan nisbah bahan kimia hendak digunakan untuk mengeraskan tanah bagi menghalang berlaku pembocoran.

Gambar rajah di atas menunjukkan sedang membuat panggilan kepada 'supplier' dan borang yang telah di emelkan oleh 'supplier;'.

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi ialah dapat mengetahui kaedah berkomunikasi melalui telefon dengan baik. Selain itu, dapat mengetahui jenis-jenis bahan kimia antaranya foampur dan geofoam.

Gambar rajah di atas menunjukkan demostrasi yang telah dijalankan di pejabat.

Gambar rajah di atas menunjukkan surat sebut harga yang telah disiapkan.

Impak dan kesan yang telah saya perolehi pada minggu ini ialah dapat berkomunikasi dengan pelanggan dengan baik.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment