RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

MINGGU PERTAMA (17 Jun 2013 – 22 Jun 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Pada hari pertama dan minggu pertama ini menghadirkan diri untuk melaporkan diri di MEB. Bahagian Kejuruteraan dan Reka Bentuk merupakan di mana saya ditempatkan sepanjang latihan industri ini dijalankan. Encik Azri b Jaharudin merupakan Penyelia Latihan Industri yang bertugas untuk mengendalikan pelajar praktikal. Pada minggu ini tugasan yang pertama yang diberikan kepada saya ialah menghadiri mesyuarat bulanan syarikat tersebut dan ditugaskan untuk mencatat minit mesyuarat. Selain itu, diarahkan juga untuk membuat surat sebut harga untuk diberikan kepada klien dan surat tersebut dihantar melalui faks untuk menjimatkan masa.

Gambar rajah di atas menunjukkan staff MEB bermesyuarat dan minit mesyuarat yang telah dibuat.

Pengetahuan dan kemahiran yang telah saya perolehi pada minggu pertama ini ialah dapat mengetahui cara-cara menggunakan 'software Open Office'. Selain itu juga dapat mempelajari cara hendak menggunakan mesin faks dengan betul.

Gambar rajah di atas menunjukkan surat sebut harga yang telah disiapkan. 

Impak dan kesannya pula ialah harus memegang amanah yang telah diberikan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan serta lebih fokus dalam melakukan sesuatu tugasan.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment