MINGGU KEEMPAT (8 Julai 2013 – 13 Julai 2013)

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Kini sudah pun masuk ke minggu keempat berkhidmat di syarikat MEB. Pada minggu ini beberapa tugasan yang telah diberikan oleh senior-senior di MEB dapat disiapkan dengan sempurna. Tugasan yang telah diberikan ialah mengemaskini profil syarikat dengan menambah aktiviti-aktiviti dan kontrak yang baru dijalankan. Selain itu, menghantar surat sebut harga melalui faks kepada klien. Bukan itu sahaja, kerja-kerja mengemaskini rak fail dan report serta mengemaskini papan putih 'outstanding work' dilakukan.

Gambar rajah di atas menunjukkan profil syarikat dikemaskini.


Gambar rajah di atas menunjukkan surat sebut harga yang telah disiapkan untuk dihantar kepada klien.


Pengetahuan atau kemahiran yang didapati pada minggu ini ialah mengetahui aktivit-aktiviti baru yang telah dijalankan dalam syarikat ini. Selain itu, dapat mengetahui informasi-informasi yang perlu ada dalam sesuatu pekerjaaan.

Gambar rajah di atas menunjukkan 'Outstanding Work' dikemaskini.


Gambar rajah di atas menunjukkan mengemaskini fail di rak.
Impak dan kesan yang diperolehi pada minggu ini pula ialah dapat menambah ilmu dengan mengetahui sedikit sebanyak cara-cara pekerjaan yang harus dilakukan dalam bidang kejuruteraan.
Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment