MINGGU KEDUA BELAS (2 September 2013 – 7 September 2013)
Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Tanpa sedari kini sudah minggu kedua belas bertugas sebagai pelajar praktikal di syarikat MEB. Tugasan yang perlu dilaksanakan ialah mengemaskini profil syarikat dan juga mengimbas(scan) laporan CCTV. Selain itu, membuat panggilan untuk membuat tempahan label pada 'safety ves'. Pada minggu ini juga, diarahkan untuk membuat senarai 'manhole inventory' serta membuat lukisan lurang(manhole) untuk melengkapkan laporan 'sump cleaning'.

Gambar rajah di atas menunjukkan mengimbas(scan) laporan CCTV.

Pengetahuan dan kemahiran yang didapati pada minggu ini ialah mengetahui cara menggunakan mesin pengimbas(scan) dengan betul dan mengetahui cara melukis manhole dengan saiz yang telah ditetapkan.

Gambar rajah di atas menunjukkan sedang membuat panggilan dan melukis lukisan lurang(manhole).

Gambar rajah di atas menunjukkan senarai 'Manhole Inventory' dibuat.

Impak dan kesannya pula ialah dapat mempertingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi dan dapat menambah ilmu dan kemahiran yang baru.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment