MINGGU KEENAM (22
Julai 2013 – 27 Julai 2013)
Assalamualaikum &
Salam sejahtera...
Tanpa sedari kini
sudah masuk minggu keenam sebagai pelajar praktikal di syarikat MEB.
Minggu ini mempunyai beberapa tugasan yang menarik yang perlu
dilaksanakan antaranya ialah mereka dan menempah beberapa papan tanda
untuk kegunaan kerja luar. Selain itu, mengemaskini borang sebut
harga dan seperti biasa ditugaskan untuk membuat surat sebut harga.
Selain itu, mempelajari jenis-jenis kerosakan saluran paip dengan
membaca buku khas yang telah dicetak oleh syarikat.
Gambar rajah di atas menunjukkan papan tanda telah disiapkan untuk ditempah. |
Pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi daripada tugas-tugas yang diberikan pada
minggu ini adalah mengetahui cara-cara untuk membuat penempahan papan
tanda serta mengetahui cara untuk mereka papan tanda melalui komputer
menggunakan software 'Open Office Drawing'. Selain itu, dapat
mengetahui pelbagai jenis kerosakkan yang telah berlaku melalui
saluran paip.
Gambar rajah di atas menunjukkan borang surat sebut harga dikemaskini. |
Impak dan kesannya
pula adalah dapat mengetahui spesifikasi papan tanda yang dibenarkan
dan dapat meningkatkan cara berkomunikasi melalui panggilan telefon.
Selain itu, dengan mengetahui jenis-jenis kerosakan dalam saluran
paip ia akan memudahkan untuk menghasilkan sebuah laporan CCTV dengan
betul.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment